Terma & Syarat

16 Mac - 7 April 2024 | Terumbu Terrace, Marina Island Pangkor Resort & Hotel 

  1. e-Baucar yang dihantar bersama e-mel pengesahan anda akan menjadi pas sah anda ke BUFET RAMADHAN @ Terumbu Cafe. Hanya e-Baucar asal atau kod QR yang sah sahaja yang akan diterima dan mesti ditunjukkan semasa ketibaan.
  2. e-Baucar untuk BUFET RAMADHAN @ Terumbu Cafe (termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang diskaun yang disediakan oleh e-Baucar) sah dan tamat pada tarikh yang dinyatakan pada tiket tersebut.
  3. Pembelian e-Baucar akan dianggap batal dan tidak sah jika maklumat yang anda berikan tidak betul. CoopMarina berhak untuk tidak menerima pembelian sekiranya pembelian yang dibuat itu dianggap seperti penipuan.
  4. CoopMarina tidak akan bertanggungjawab ke atas e-Baucar yang hilang, dicuri dan/atau rosak dan tiada penggantian e-Baucar akan dikeluarkan.
  5. e-Baucar yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan nilai tunai secara sebahagian atau penuh.
  6. e-Baucar ini hanya sah untuk penggunaan di Terumbu Cafe bertempat di Marina Island Pangkor Resort & Hotel mengikut tarikh tempahan.
  7. Tiada perlanjutan tarikh tamat tempoh dari tarikh pengeluaran akan dibenarkan. e-Baucar yang tidak digunapakai untuk tarikh tempahan seperti yang tertera di atas e-Baucar tidak boleh diganti atau "refund".
  8. e-Baucar tersebut dianggap tidak sah jika terdapat pindaan dibuat ke atas e-Baucar.
Powered by Maya.my